MATEMATIK

KOMPUTER DAN INTERNET DALAM PENDIDIKAN

Persekitaran pembelajaran mempunyai nilai eksentrik yang positif dan menarik minat pengajar dan pelajar apabila komputer digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Cockcroft (1982) mendapati kualiti pengajaran dan pembelajaran matematik bertambah baik dan kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik berubah sekiranya elemen teknologi digunakan dalam pengajaran. Masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum diselesaikan. ia memerlukan kefahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut.

Kajian-kajian terdahulu (Al Ghamdi 1987; Chazan 1988; Funkhouser 1993) mendapati:

  • Pelajar yang menggunakan komputer mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
  • Perisian komputer yang digunakan membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.
  • Pelajar menunjukkan peningkatan dalam pencapaian peperiksaan akhir.
  • Pelajar berkemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan berupaya mengaplikasikannya dalam bidang-bidang lain.

 

Advertisements